CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 March, 2012

Entry makanan yang berkaitan dengan cheese....

Okeh entry hari ni berkaitan makanan favorite family aku iaitu CHEESE... mcm mcm boleh buat dengan cheese kan? first off

mushroom soup
 
 BAHAN BAHAN DAN CARA BUAT


Sebarang jenis cendawan fav yang fresh sahaja 
sedikit daun kucai sebagai hiasan
bawang besar 1 biji
bawang putih 1 biji
tepung gandum 1 sudu besar
mentega 2 sudu besar
susu cair 1/2 tin
1 kiub ayam/lembu maggi
garam dan lada hitam secukup rasa
sedikit cheese
air masak 1/2 cawan


cara dia ...
potong cendawan ikut suka
blend bawang besar, bawang putih dan sedikit cendawan
panaskan butter 
gorengkan bahan blend sampai dia berbuih
masukkan tepung kacau sampai dia kekuningan
masukkan cendawan kacau sampai agak layu
masukkan air
 masukkan kiub yang di hancurkan.... 
masukkan susu dan gaul lagi dengan whisk... rasakan garam dan lada semua
masukkan cheese sampai cair dan tutup api
taburkan kucai yang di potong halus....


suggestion makan bersama roti yang digoreng  = tapi time ni aku dah malas so aku tak goreng pun roti tu byrite laki aku suka makan soup ni dengan roti yang rangup rangup tu hehehehehehe


next............................
CISKEK BEDEBAH SEMPOI ( no fail recipe gerenti)
bahan bahan yang diperlukan....
300 gm cream cheese
3 biji telor grade b (kalau guna grade a 2 biji cukuplah)
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak suka boleh tukar dengan gula castor ikut suka nak letak byk mana)
2 cawan yogurt (ikut suka nak perasa apa) my hubby suka mango
2 sudu butter 
1 bungkus biskut chipsmore 
sedikit esen vanila
 
 hancurkan biskut chipsmore itu dengan daya kekuatan melebihi kuasa mega tahap maksima hehehehehehe gaulkan dengan butter dan tekan dalam acuan
tekan sampai cenggini lepas tu bakar selama 10 minit pada tahap 160'c sahaja lepas tu kuarkan dari oven biarkan dia sejuk seketika meanwhile
 whisk cream cheese sampai dia lembut
 
 masukkan telur dan pukul lagi sampai sebati
 masukkan susu pekat manis kacau lagi sampai betul betul sebati
 masukkan yogurt itu
masukkan esen vanila dan tuangkan ke atas base tadi 
 byrite lepas bakar kena tunggu dia set dulu ke hapa kan? isk mana boleh bau ciskek itu memenuhi segenap ruang rumah tak tertahan rasanya heheheehhehe
 beberapa minit selepas di bakar dah hampir 3/4 bekas jek tinggal
 eh lupa lak bakar pada kuasa 160'c selama sejam atau bila insert kayu tu or pisau takde yang lekat (ni ikut oven masing masing tak semua sama kan? agak agaklah)
agak wallah bila di makan bersama icecream raspberry swirl...........yummmmmmmmm

0 doa saya sentiasa cun huuu:

My pride and joy

My pride and joy

nuffnang pls click

CHURP CHURP