CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 June, 2009

Even binatang pun sayang anak

Teringat ada pepatah mengatakan...."Binatang pun sayangkan anak ..." gambar di bawah ni ialah gambar seekor monyet betina yg menjaga dan membela anak harimau putih yg yatim piatu setelah kehilangan ibunya....



eeee nampak manja giler anak rimau tu kan...aku rasa nak peluk dan shiummmmm dia sebab aku mmg geram anak rimau, kucing dan binatang yg sewaktu dengannya kekadang aku rasa cam nak golek golek ngan dia sebab aku suke.....
anyway...kekadang sikap sesetengah manusia ni yg buat aku gatal kepala...kes buang anak, gugurkan anak, dera dan mcm mcm lagi ...apa tiadakah sekelumit pun perasaan sayang terhadap anak tersebut? sedangkan kita mengandungkan dia 9 bulan bawa kehulu ke hilir dalam perut.. takde sikit pun rasa sayang setelah kita melahirkan dengan kesakitan yg amat hingga rasa nak tercabut nyawa...tuhan sahaja yg tahu...then simply buang jek camtu? as if sampah yg tiada harga? ada plak setelah melahirkan anak tersebut totally di ignore as if they do not exist....why kita yg bangga mengaku kita ni manusia...tapi sikap lebih hina dari binatang??? ada seorang manusia ni...dia kan mmg tak ambik tau kewujudan anak dia even tergamak suruh anak dia panggil dia kakak then nenek dia mak sebab takmo ngaku this kid is hers...aku selalu sedih kalau tengok budak tu...dia tak pernah fikir akan pembalasan yg ALLAH akan berikan pada dia di masa hadapan...esok anak dia besar mungkin akan totally ignore dia bila dia tua dan seandainya dia hanya di kurniakan anak yg seorang itu ..maukah anak itu menjaga dia di hari tua nanti? kalau anda sendiri maukah membalas jasa ibu yg begini? bagi aku mungkin tidak sebab fair what eventhough syurga itu di telapak kaki ibu tapi ibu yg cenggini haruskah kita puja dan sanjung dia? aku berharap aku menjadi ibu yg terbaik utk anak anak aku semoga kalau aku tua esok tiada yg akan membiarkan aku terlantar di rumah org org tua...nau'zubillah...
ini ada satu kes yg aku lihat hari hari...seorang ibu yg sangat tua berbangsa india berjalan kaki merata rata menjual nasi lemak dan kuih muih ...sangat uzur keadaannya..bila di tanya
ACI kenapa aci jual sana sini? anak tada kah? kata dia anak ada ...anak suruh jual ...jual kalu tarak habis nanti anak pukul sama auntie...laaaaaa sedihnya ibu tua yg berusia 70 tahun lebih ini takutkan anaknya sendiri sehingga sanggup berjalan menjual kuih rata rata utk memberi duit kepada anaknya dengan harapan dia tidak di pukul hari tu.... menitik air mata aku ..apakah dosa yg dia lakukan di masa lepas maka anaknya menghukum dia sedemikian rupa? wallahualam... so sama samalah kita fikirkan kengkawan...ibu adalah org yg mulia jadi cubalah jadi sebaik baik manusia moga anak anak kita akan memberikan balasan yg baik kepada kita juga insya'allah ...dan bagi aku selagi mak aku hidup dia adalah ratu hatiku dan tak akan pernah aku melukakan hati dia sebagaimana dia tidak pernah melukakan hati aku....dan aku akan cuba mengembirakan hatinya sebagaimana dia mengembirakan hati aku...

0 doa saya sentiasa cun huuu:

My pride and joy

My pride and joy

nuffnang pls click

CHURP CHURP